Pakej Percutian ke Surabaya, Melancong ke Surabaya, Bromo, Malang, Jawa Timur Indonesia 5 Hari 4 Malam

Pakej percutian ke Surabaya 5 hari 4 malam ialah pakej melancong ke Surabaya dengan beberapa destinasi pelancongan paling popular yaitu Surabaya, Bromo, Batu Malang dan Sidoarjo. Anda akan menikmati perjalanan yang sangat menarik dimana anda akan melawat ke tapak sejarah menakjubkan, lawatan budaya, melihat landskap cantik, panorama Gunung Bromo yang luar biasa hinggalah tempat membeli belah.

pakej percutian ke Indonesia

Surabaya merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia dan ibu kota dari Provinsi Jawa Timur, Indonesia. Ia adalah bandar metropolis yang megah dengan menggabungkan bangunan moden dan bangunan kolonial yang cantik. Ada banyak hal yang boleh anda terokai di Surabaya, seperti menikmati makanan sedap di Surabaya dengan cita rasa yang lezat, membeli-belah di Surabaya dan lain-lain. Surabaya juga merupakan pintu masuk untuk menerokai tarikan lain di Jawa Timur seperti Bromo dan dataran tinggi Ijen.

pakej percutian ke Indonesia

Dalam pakej percutian ke Surabaya ini anda juga akan melawat ke Bromo. Bromo merupakan kawasan pergunungan yang sejuk di Malang. Taman Negara Bromo Tengger Semeru menawarkan landskap paling cantik dan sangat popular di seluruh dunia. Terletak kira-kira 4 jam dari Surabaya. Ia memiliki pemandangan yang luar biasa. Banyak pelancong yang datang untuk melihat sunrise di Gunung Bromo.

Selain Bromo, dalam pakej percutian ke Surabaya ini, anda juga akan melawat ke Tretes dan Sidoarjo dimana anda boleh melakukan lawatan sejarah dan religi. Pakej melancong ke Surabaya ini sangat sesuai untuk anda yang mencari lawatan komplit seperti lawatan sejarah, religi, lawatan semula jadi, kulinari, juga taman Safari Binatang dimana anda boleh melihat hidupan liar termasuk Komodo dan pengalaman yang berkesan.

Berikut detail Ground Pakej Pelancongan ke Surabaya Indonesia 5 Hari 4 Malam

HARI 01: SURABAYA – BROMO TOSARI (MM)

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarbangsa Juanda Surabaya.
  • Berjumpa dengan pemandu pelancong kami.
  • Transfer ke Bromo Tosari
  • Check in Hotel
  • Makan Malam
  • Free Program

HARI 02: BROMO TOSARI – BATU/MALANG (B/L/D)

  • Bangun awal pagi (03.30 a.m).
  • Bertolak ke Gunung Penanjakan (2.750 meter diatas aras laut) dengan mini Van.
  • Meneruskan perjalan ke View Point 1 dimana tempat ini ialah tempat terbaik untuk melihat matahari terbit.
  • Turun ke padang pasir (Menunggang Kuda – Personal Expense)
  • Meneruskan perjalanan merentasi lautan pasir sehingga sampai di Gunung Bromo (masih ada 250 anak tangga untuk sampai ke tepian kawah Gunung Bromo).
  • Setelah melihat sunrise dan tour Gunung Bromo, kembali ke Hotel
  • Breakfast di Hotel
  • Check out hotel
  • Transfer ke Batu/Malang
  • Lawatan ke Air Terjun Cuban Rondo.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Teruskan ke Ladang Epal & Oren di Selecta Agro.
  • Makan Malam
  • Check in hotel
  • Free program.

HARI 03: BATU/MALANG – TRETES (B/L/D)

  • Breakfast di hotel
  • Bertolak ke Taman Safari (Taman Pemuliharaan Hidupan Liar untuk spesies terancam seperti Komodo, Bison Eropah, Beruang hitam Himalaya, Harimau Putih, Badak dan lain-lain dimana semuanya hidup di udara terbuka)
  • Anda akan meneroka taman ini dengan kendaraan tertutup dan melihat haiwan itu freely.
  • Makan tengahari di restoran tempatan
  • Bertolak ke Kawasan Peranginan Gunung Tretes
  • Check in Hotel
  • Makan Malam
  • Free Program

HARI 04: TRETES – SIDOARJO – SURABAYA (B/L/D)

  • Breakfast di Hotel
  • Pada pagi hari anda akan bertolak ke Sidoarjo.
  • Membeli-belah di Tanggulangin yang terkenal dengan produk kulit dengan harga berpatutan seperti Tali Pinggang, Dompet, Beg, Kasut dan lain-lain.
  • Membeli-belah atau shopping di Keropok Udang Sidoarjo dimana anda boleh membeli pelbagai makanan dan kek tradisional Indonesia.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Bertolak ke Bandar Surabaya
  • Melawat ke Masjid dan Makam Sunan Ampel, salah seorang ahli Walisongo (Sembilan wali) yang menyebarkan Islam di tanah Jawa pada abad ke 14.
  • Anda juga boleh membeli belah di Jalan Arab.
  • Lawatan terakhir ke Tunjungan Plaza / Jembatan Merah Plaza Shopping Mall.
  • Makan Malam
  • Check-in hotel
  • Free Program

HARI 05: SURABAYA – SHOPPING – BERLEPAS

  • Selepas Sarapan Pagi, anda boleh menggunakan masa lapang anda sendiri
  • Dijemput untuk bertolak ke Airport.
  • Tour Selesai.

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan 4 malam
  • Makan 4x sarapan pagi, 4x makan tengah hari, 4x makan malam
  • Pengangkutan/kereta
  • Pemandu Pelancong
  • Tiket Masuk tempat pelancongan
  • Mini Van/Jeep di Bromo

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Tiket Penrbangan
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Insurans
  • Berkuda di Bromo
  • Tips

PAKEJ PELANCONGAN LAIN:

Selain Pakej ke Surabaya Indonesia ini, masih banyak pakej percutian ke Indonesia lain yang bisa anda pilih sesuai dengan destinasi yang ingin anda lawati di Indonesia:

Anda boleh menempah atau nak tanya-tanya pasal pakej percutian ke Surabaya Bromo, anda boleh whatsapp atau email kami. Ada juga boleh menanyakan pakej melancong ke Surabaya lain dengan pilihan durasi lawatan yang lebih singkat atau lebih lama.